“Saya Tak Nak Jebat Boleh Cakap Inggeris Tapi Tak Tahu Bahasa Melayu”
Usahawan yang juga kakak kepada Neelofa iaitu Noor Nabila berasa sedih apabila ramai generasi muda sekarang terutama kanak-kanak tidak fasih berbahasa Melayu.
Menurut Nabila lagi, dia tidak mahu perkara itu berlaku kepada anaknya, Jebat Jayden. Ujarnya, ianya perkara pelik jika orang Melayu tidak boleh bercakap bahasa kebangsaaan.
BACA: Engku Emran Titip Ucapan Istimewa Buat Noor Nabila Sempena Hari Lahir
“Muka Melayu tapi cakap pelat, tak naklah begitu. Bahasa Melayu kan bahasa kita. Tak pandai cakap Melayu, pelik sebenarnya. Perlu tahu cakap Melayu dan itu cara saya besarkan anak. Apabila saya jumpa ramai anak-anak tak boleh berbahasa Melayu, saya berasa sedih.
“Untuk Jebat juga, perlu tahu cakap (loghat) Kelantan dan Pulau Pinang. Pulau Pinang ikut bapa dia (Sharnaaz). Nanti dia dah masuk sekolah, dia akan cakap bahasa Inggeris. Sharnaaz pun pilih cara begini,” katanya.
Kata Nabila lagi, dia dan adik beradik berbahasa Melayu di rumah. Ujarnya, dia tidak mahu Jebat boleh bercakap bahasa Inggeris tetapi tidak tahu berbahasa Melayu.
“Kita memang cakap Melayu di rumah. Adik-beradik di rumah pun cakap Melayu. Mak cik dia cakap bahasa Inggeris tapi kebanyakan masa, Jebat memang cakap bahasa Melayu.
“Faliq (adik bongsu) masa kecil cakap Melayu tetapi sekarang apabila dah masuk sekolah, dia secara automatik cakap bahasa Inggeris sampai tak tahu cakap Melayu langsung.
“Jadi, saya tak nak (Jebat) jadi begitu. Saya tak nak dia mahir berbahasa Inggeris tetapi tak tahu berbahasa Melayu. Tak boleh,” katanya lagi.
Sebelum ini, Nabila berkahwin dengan pelakon Sharnaaz Ahmad, namun bercerai Julai 2020. Mereka dikurniakan anak lelaki, Jebat Jayden kini berusia empat tahun.
Nabila kemudian mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Engku Emran Engku Zainal Abidin pada 19 Mac tahun lalu.
- SUMBER
- Kosmo!
Aku ada sepupu yg semua adik beradik sejak kecil sekolah cina, kt umah pun ckp cina sesama mrk. Walaupun mak bpk diorg sepatah haram pun x reti ckp cina. Tp bila jumpa dgn sedara mara diorg pandai je ckp melayu campur2 slang manglish laa.
Tu laa skang kt Msia ni ramai je yg kwin campur so majoriti kt umah mmg speaking sbb parents mrk pun dah kacuk. Bila kumpul hari raya atau kenduri kendara pun mmg diorg x pandai sngt ckp melayu tp mrk faham je apa yg kita ckp. Mcm org jawa dgn melayu laa.
Sokong 100%. Bravo bravoo. Banyak budak sekarang mak pak cakap fully in english. Bila ada orang tua yang cakap ngan budak tu, budak tu tak faham. Kesian makcik2 tu. Mak pak bangga jeh. Padahal bila spm, wajib lulus BM. haha..Anak i nanti pun nak buat cenggini. BM & BI. hew hew.. selebewww
Yg minah pelik kt restoran ibu2 ckp speaking dgn anak2.tp dgn pak nya melayu terus. Acaner tu.. Ataukah pak nya tk reti speaking. Haha
Minah mereng, mak dia ckp english dgn anak2 sbb anak2 x faham bahasa melayu. Bapak dia faham english n melayu. Amtara mak n bapak, mereka lebih selesa bahasa melayu. Apa yg pelik?? Bapak dia klu ckp dgn anak2, dlm english jugak la.
Eh, punya banyak isu penting negara dan dunia, isu ckp bahasa yg seronok dibincang? Move on la. Isu picisan sgt utk dibincangkan
Tak jugak. Anak kawan aku 100% communicate dalam english, dia faham bm tapi tak boleh cakap. Sebab dia autistik. Budak autistik memang lagi cenderung pada english sebab bagi diorang bahasa tu lagi senang & cepat belajar. Bertahun dah kawan aku tu cuba ajar anak dia cakap bm, tapi sebab budak tu speech delay dia tak nak push sangat. At least now anak dia dah boleh faham bm.
Minah merengg. Aku rasa si emak tu sedang praktikkan cara terbaik untuk ajar anak-anak untuk berbahasa melayu dan english, tanpa membuat anak anak keliru, yang nanti akan membawa kepada speech delay.
So cara mudah :
Bila bercakap dengan emak – cakap melayu.
Bila cakap dengan ayah – cakap english
So bila bercakap apa saja dengan si bapa /suami. Kena cakap english.
Gitu lah kot. Pendapat aku je.
Ah yg kdg2 kita dgr kat restoran ke shopping ke mak ke ayah org melayu tp speaking kat anak, tu sbnrnya nk belagak..nk tunjuk la diaorang pandai speaking..kdg2 aku naik meluat..
Teach main lingo first then add 2nd lingo on the side..takkan budak2 tu lupa dua2 bahasa. Kita dari dulu2 boleh je cakap Melayu dan Inggeris sama padan..no problem lah.
Alah OK laa dia nk ckp bahasa apa pun sbb ada kwn aku anak dia nk ckp bahasa melayu x reti, nk ckp bahasa English pun x tau, nk ckp bahasa jawa pun dia x faham. Apa bahasa pun dia x reti tp anak dia bkn bisu atau pekak pun sbb dia pandai mengiau jek. Sbb dia bela anak kucing jek
Rep Intan
sokong over sgt kekonon fam aku la speaking kekdahnya.. pdhal sepatah2 sebut and kt umah ckp malay
Interesting…grown up as melayu in Malaysia..patut rasa malu anak tak boleh cakap melayu bkn proud anak fasih english sahaja…parents yg hanya berbahasa melayu ramai je anak2 mereka boleh berbahasa inggeris dn melayu dgn baik…mcm mana nak ngaku melayu klu tak boleh bercakap melayu dlm negara sendiri…mat salleh pn pening ada yg lebih western drp orang putih…
anak tiri dia tak pandai cakap BM kan?
PKe perli ke anak tiri. Tak fasih Bahasa.
Hahaha perli anak tiri ke sis..
Intan
Dah masuk Mac 2022 masih ada lg pemikiran cam ko ehh.. sedey!
Jaharu perange Nabila macam kamek. Kamek suka kamboh. Kamek iri hati tengok jiran depan jalan jalan tunjuk dalam Facebook. Sak ati dengan jiran. Kamek pasang ayat al-Quran KUAT KUAT bagi jiran tak boleh tidur malam. Puas hati kamek. Kamek beli audio alQuran bukan untuk bayi. Tapi nak SAKITKAN HATI JIRAN. PUAS HATI KAMEK DAPAT GANGGU JIRAN. Kamek gaok gilak.