fbpx

Engku Emran Titip Ucapan Istimewa Buat Noor Nabila Sempena Hari Lahir

Sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36, kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila menerima ucapan istimewa daripada suami tercinta, Engku Emran.

Nabila juga turut menerima sejambak bunga lily putih daripada suaminya serta berkongsikan video tersebut di Insta Story.

BACA: “Nak Jadi Ibu Baru Jebat? Kena Lalu Saya Dulu”

Dalam pada itu, Nabila turut menerima kad ucapan hari jadi istimewa daripada anak kesayangannya Jebat dan anak tirinya, Engku Alesya.

Noor Nabila dan Engku Emran sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz bertempat di Masjid At Taqwa, Taman Tun Dr. Ismail pada 19 Mac yang lalu. Kedua-dua pasangan ini mempunyai seorang cahaya mata hasil daripada perkahwinan yang terdahulu.