fbpx

“Saya Tak Nak Cakap Buruk Pasal Bapanya, Itu Tetap Bapa Kandungnya”

Pelakon dan model Zahnita Wilson mengaku sedih apabila anak sulungnya Zahrafeena sanggup keluarkan kenyataan tidak benar tentang dirinya.

Memetik Harian Metro, Zahnita berkata dia enggan melayan kenyataan anaknya itu serta menyifatkan Zahrafeena masih terlalu mentah dan tidak memahami apa yang berlaku.

BACA: Anak Sulung Kecewa Dengan Zahnita, Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa

“Biarlah dia… Tidak mengapa. Dia masih muda dan saya percaya satu hari nanti apabila dia sudah dewasa dia akan faham. Cuma sebagai ibu saya sangat sedih apabila dia sanggup berbuat sedemikian (mempertahankan bapa),” katanya.

Sementara itu, Zahnita berkata sebagai itu tidak semua masalah suami isteri perlu diketahui oleh anak-anak dan dia tidak mahu bercakap buruk mengenai bapa kepada anak-anaknya.

“Selama ini saya sebolehnya cuba merahsiakan segala masalah yang berlaku terhadapnya. Saya tak nak cakap buruk fasal bapanya kerana individu itu tetap bapa kandungnya,” katanya.

Terdahulu, Zahrafeena berkata mendakwa gambar bahagian mata kiri dalam keadaan lebam yang dikongsinya ibunya adalah foto lama.

Malah, remaja berusia 18 tahun itu turut mendakwa semua pendedahan yang dibuat ibunya juga sudah dirancang lebih awal.

SUMBER: Harian Metro