fbpx

Anak Sulung Kecewa Dengan Zahnita, Lebih Selesa Tinggal Dengan Bapa

Anak sulung Zahnita Wilson iaitu Zahrafeena mendakwa gambar bahagian mata kiri lebam ibunya yang dikongsikan pada Disember lalu adalah foto lama.

Menerusi sidang media semalam, anak sulung Zahnita berusia 18 tahun itu turut mendakwa pendedahan dibuat oleh ibunya sudah dirancang lebih awal.

BACA: Suami Sedia Ceraikan Tapi Bersyarat, Dakwa Zahnita Pernah Curang

“Ibu sudah rancang untuk kami berpidah selepas saya selesai periksa SPM tapi perkara ini tular lebih awal. Di sekolah cikgu ada bertanya adakah saya dipukul? Saya jelaskan tiada siapa yang dipukul dan gambar dikongsi oleh ibu itu adalah foto lama,” katanya.

Dalam pada itu, Zahrafeena mengakui dia kecewa serta tertekan diatas apa yang berlaku apatah lagi dia kini sedang menduduki peperiksaan SPM.

“Sebagai anak saya memang kecewa dan tertekan dengan apa yang berlaku. Hendak fikir SPM, fikir tentang dia (Zahnita) lagi. Apa yang ibu buat ini pada masa tidak tepat. Dia bagaikan tidak ambil kisah pasal saya sedang duduki SPM. dia lebih fokus tentang diri sendiri,” katanya.

Sementara itu, Zahrafeena berkata dia lebih selesa dan tenang tinggal bersama bapanya selepas ibunya keluar dari rumah dan berpindah ke tempat lain.

“Rasanya tak perlu libatkan saya dalam masalah ini kerana ini isu orang dewasa. Tiada siapa yang paksa. Saya yang nak tinggal dengan ayah. Tinggal bersama ayah lebih chill (tenang).

“Saya boleh saja jumpa ibu sebab rumahnya tidak jauh dari sini. Tapi saya memilih untuk tidak berjumpa sebab kebelakangan ini ibu selalu marah bila berjumpa,” katanya.

SUMBER: mStar Online