Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan apabila sumber rapat Engku Emran dan Noor Nabila berkata pasangan itu sudah tidak tinggal sebumbung dan dikatakan dalam proses bercerai.
Memetik Kosmo, pelakon Erra Fazira berkata dia tidak tahu menahu mengenai kemelut rumah tangga melanda bekas suaminya itu serta tidak masuk campur.
BACA: Engku Emran, Noor Nabila Cerai?
“Secara jujurnya saya tidak masuk campur urusan bekas suami saya walaupun kami mempunyai anak yang menjadi perantara antara kami.
“Saya menghormati kehidupan dia. Saya sendiri pun tidak pernah tanya masalahnya. Antara saya dengan Engku Emran hanyalah disebabkan anak kami, Engku Aleesya,” katanya.
Menurut Erra lagi, dia tidak mahu ambil tahu tentang kisah bekas suaminya kerana tidak mahu anaknya, Engku Aleesya terganggu. Ujarnya, dia hanya mengetahui mengenai bekas suaminya menerusi media sahaja.
“Saya menghormati anak saya. Saya tidak mahu Aleesya terganggu kalau saya tanya tentang bapanya. Saya hanya buat seperti baisa sahaja.
“Kalau dia mahu kongsikan, boleh. Kalau tidak mahu pun, tak mengapa. Sehingga ke hari ini memang saya tidak tahu apa-apa. Saya tahu pun hanya melalui laporan media sahaja,” katanya.
Sementara itu, Erra berkata anak tungganya itu tidak pernah bercerita apa-apa mengenai bapanya, malah dia juga tidak bertanya anaknya.
“Aleesya tidak ada bercerita apa-apa. Saya pun tidak bertanya sebab takut emosinya terganggu. Tapi kalau dia mahu kongsikan juga, saya akan jadi pendengar yang baik.
“Saya sama seperti anda semua, tertanya-tanya adakan mereka (Engku Emran dan Noo Nabila) masih bersama atau tidak? Saya pun tidak tahu,” katanya.