fbpx

“Saya Tak Mahu Tahu Jantina Anak Kedua Kerana…”

Bakal menimang cahaya mata kedua dijangka Disember depan, ia sangat dinantikan oleh Amar Baharin dan Amyra Rosli memandangkan mereka sememangnya merancang untuk menambah cahaya mata pada tahun 2020.

Amar memberitahu dia menginginkan cahaya mata perempuan memandangkan mereka sudah memiliki anak lelaki. Namun, dia tidak kisah mengenai jantina anak kerana apa yang paling penting anaknya itu sihat dan sempurna.

BACA: Hamil Lapan Minggu, Amyra Rosli Mengidam Makanan Pelik

“Lelaki atau perempuan, saya tidak kisah. Kalau rezeki Allah boleh dipilih, sudah tentu saya mahukan anak perempuan pula.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur walau apa pun jantina anak saya ini. Asalkan dia sihat dan sempurna. Itu yang kami doakan setiap hari,” katanya kepada Kosmo!

Kandungan Amyra kini telah memasuki minggu ke-13, Amar berkata dia enggan mengetahui lebih awal jantina anak kedua mereka kerana mahu memberikan kejutan.

“Saya tidak mahu mengetahui jantina bakal anak kedua saya kerana mahu memberi kejutan pada majlis baby shower kelak,” katanya.

Amar dan Amyra mendirikan rumah tangga pada November 2016  dan memiliki seorang anak lelaki, Aqeef Anaqi yang kini berusia setahun lapan bulan. Apa pun semoga proses kehamilan Amyra Rosli berjalan dengan baik dan dipermudahkan segalanya.