“Saya Tak Lalok, Ujian Kencing Negatif”

Selepas kecoh mengenai penahanannya yang didakwa memiliki enam bungkusan aluminium berisi 53 pil Eramin 5 semalam, Uqasha Senrose nafi dirinya khayal ketika ditahan. Malah Uqasha mendakwa dirinya disabotaj oleh pihak tertentu.

BACA: Gambar Di Balai Tersebar, Uqasha Tutup Komen

“Saya tidak ‘lalok’ langsung. Ujian air kencing sudah dilakukan dan keputusannya negatif. Saya tidak okey. Orang saja nak kenakan saya. Dugaan apa pula kali ini,” katanya sambil enggan mengulas lanjut.

Difahamkan Uqasha telah selamat dibebaskan dengan jaminan polis semalam apabila keputusan air kencingnya negatif. Terdahulu dadah tersebut telah dijumpai dalam beg tangannya selepas pelakon itu terlibat dalam kemalangan.

Kemudian Uqasha dibawa ke Balai Polis Taman Tun Dr Ismail (TTDI). Sebelum ini info mengenai penahanan pelakon itu mula tersebar di media sosial berserta dengan sekeping gambar Uqasha yang kelihatan tidak bermaya. (rtky/w)

×