fbpx

“Saya Tak Keluar Wang Ringgit Untuk Pikat Adira”

Berharap kontroversi lalu tidak terus jadi bahan kecaman buat kedua-dua isterinya, Datuk Seri Adnan Abu berkongsi bahawa dirinya tidak menggunakan wang ringgit untuk memikat isterinya yang kedua, Adira sebelum berkahwin. Sebaliknya, beliau lebih terpaut dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh isterinya itu membuatkan beliau jatuh hati.

BACA: Suami Adira AF Mahu Isteri Pertama Hamil Juga

“Ketika pertama kali saya mengenali Adira, saya yakin dengan keikhlasan dirinya. Malah saya tidak pernah memewahkan dia dengan apa-apa material sebelum kami berkahwin. Jadi modal saya untuk mengurat dia memang kosong wang ringgit. Sebab itu saya tidak kisah dengan pandangan orang luar ke atas diri saya, janji kedua isteri saya ini memahami”

“Sebab itu saya tidak kisah tentang pandangan orang luar ke atas diri saya, janji dua isteri saya ini memahami. Sebab itu permintaan saya mudah, jangan kecam isteri-isteri saya, cukup kecam saya seorang. Mereka adalah isteri yang baik tetapi saya saya sahaja yang suka timbulkan masalah,” katanya kepada Projek MMO berhubung dengan perkara itu.

Selain itu, Dato Red akui bahawa berita kehamilan Adira yang kini sudah memasuki 10 minggu merupakan detik yang terindah buat dirinya untuk melupakan semua kemelut yang berlaku dalam rumah tangganya. Malah isteri pertamanya, Datin Norshafila Hassim memberikan nasihat kepada Adira untuk menjaga kandungan beliau dan tidak terlalu stress.

Terdahulu, Adira disahkan hamil selepas Dato Red sendiri berkongsi berita itu di laman Instagram selepas membuat pemeriksaan. Bercakap mengenai jantina bayi pula, Dato Red mengimpikan seorang cahaya mata lelaki dan selepas lama merancang kini beliau sedang memikirkan untuk membawa Adira berbulan madu di bumi Eropah jika diizinkan oleNya. (rkty/w)