Pelawak dan usahawan Shuib berkata dia sanggup membuang ego serta membuat permohonan maaf terhadap rakannya, Jep Sepahtu.
Menurut Shuib, tindakannya itu adalah untuk menjernihkan keadaan serta melakukan perkara yang betul.
BACA: “Aku Minta Maaf, Minta Maaf Atas Kekhilafan” – Shuib Mohon Maaf Berulang Kali Kepada Jep
“Saya tak ego, kalau ego macam mana boleh buat video permohonan maaf. Saya buang ego, saya buat sebagaimana yang Allah minta.
“Salah dan silap itu biasa. Bila salah, itulah rasa nikmatnya selepas minta maaf. Saya cuba buat benda yang betul,” katanya ketika siaran langsung di media sosial.
Sementara itu, Shuib meluahkan rasa syukur sesi siaran langsung dibuatnya itu menerima respon yang baik daripada pelanggan yang membeli produknya.
Dalam pada itu, Shuib turut berharap orang ramai melihat apa yang berlaku dijadikan sebagai iktibar.
“Saya kurang suka jika ada yang team ini atau team itu. Tengok setiap kejadian dan ambil iktibar. Jadikan pengajaran untuk diri kita,” katanya.
Sumber: mStar Online