Jika baru-baru ini Aliff Aziz menangis sebak menginsafi kesilapannya ketika bertemu Ustaz Ebit Lew, terbaru beliau seakan sudah move on dengan kisah lalu dan memuat naik gambar mesra bersama wanita lain di Instagram.
Menyedari hal itu, netizen mula mengirimkan gambar berkenaan kepada Bella Astillah. Menurut Bella, beliau sedikit pun tidak terkesan dengan gambar berkenaan memandang mereka sudah pun bercerai.
BACA: Aliff Aziz Menangis Teresak-Esak Depan Ebit Lew
“Saya tak kisah pun. Anda semua sudah tahu yang kami sudah tak ada kena mengena. Ramai yang menghantar mesej peribadi di Instagram dan cuba ‘bakar’ saya dengan gambar Aliff itu, tapi saya tak kisah pun”
“Jadi apa-apa yang Alif buat adalah untuk diri dia. Saya pun ada di Malaysia dan dia di Singapura. Jadi saya okay saja,” jelasnya berkenaan gambar bekas suami bergambar mesra dengan wanita lain.
Menerusi Instastory, Aliff memuat naik gambar bersama wanita yang dikenali, Tika Sheikh. Gambar tersebut juga turut memaparkan latar belakang seolah mereka sedang berjalan di pantai bersama. (rtky/w)