“Saya Tak Cemburu Dengan Siti Nordiana”
Tahun lalu hangat diperkatakan mengenai kontroversi kes saman fitnah Siti Nordiana terhadap lima sekawan termasuk penyanyi Syura Badron.
Menafikan dakwaan dia menyimpan perasan cemburu terhadap kejayaan Siti Nordiana, Syura berkata dia tidak pernah ada perasaan itu serta menganggap ada hikmah di sebalik apa yang terjadi.
BACA: Peguam Syura, Lan Solo & Isteri Mahu Bincang Selesai Luar Mahkamah Kes Saman Siti Nordiana
“Saya tak pernah terfikir pun untuk naikkan nama. Apatah lagi dengan kontroversi yang tidak baik. Bagi saya, apa yang berlaku ada sebab. Kita pun tak boleh nak cakap lebih sebab benda dah jadi. Ramai kata saya cemburu dengan kejayaan Nana. Tapi tidak sekali-kali ada perasaan cemburu.
“Macam mana pun, saya bersiap sedia dengan apa yang bakal berlaku. Terima dengan hati terbuka dan berhadap satu keputusan yang baik,” katanya.
Dalam pada itu, Syura mengaku banyak menerima kecaman di ruangan komen dan mesej sepanjang enam bulan isu itu terjadi. Ujarnya, dia tertekan apabila menerima kecaman secara melampau meskipun sudah lama berkecimpung dalam dunia seni.
“Sudah enam bulan isu ini dan sememangnya saya ada menerima kecaman. Bukan saja di ruang komen tapi ada juga netizen yang mesej secara peribadi di Instagram.
“Komen-komen negatif dan melampau sehingga melibatkan maruah. Walaupun dah jadi artis hampir 20 tahun, emosi tetap terganggu dengan komen melampau.
“Bila saya rasa down, kawan-kawan la tempat saya untuk lepaskan tekanan. Bersyukur ada kawan-kawan yang banyak bantu dan tanya khabar,” katanya.
- SUMBER
- mStar Online
Bagus lah tk goyang..nanti kan episod seterusnya yg ade bulu je lps bayar saman.haha
20 thn dlm industri tp lemau, sendu….
Nasib baik ada rakan-rakan utk meluah(kononnya)…sesambil meluah tu ada buat live mcm hari tu? Boleh weols tgk
20tahun tapi tak tau behave layan budak2 ngumpat buat apa?
Terlajak perahu boleh diundur…terlajak kata buruk padahnya.
Aku tk paham ..kenapa perlu ada cemburu .. ?patutnya happy la tgk org berjaya ..doa baik baik sbb doa tu akan balik Kat sndiri jgk ..ish tk paham aku..
20 years of nan Hado !!!
Seriously ko sapa Nok?
cemburu dan iri hati dua maksud yg berbeza.
iri hati tu yg bahaya.
ok itu je nk tulis, sila buat kajian.
klau x cemburu awak x mengata buruk2 nama nana kt live… netizen x buta, x pekak, x bodoh…
kwn baik awk tu bisnes makin maju siap nk buat album single lg…awk???
pulak? bodolh hang ne syura.. rakan2 awak yg lain 20 thun dlm industri, lbh 10 album udh dhasil. ko pulak??artis sendu. pergi mmpus dan jahanam dan bermadu dgn shiela!! the end!!!