fbpx

“Saya Tak Boleh Bergerak, Benda Tu Gelak & Mengilai”

Baru-baru ini perkongsian Remy Ishak menjadi bualan ramai apabila pelakon itu itu memberi amaran kepada individu yang cuba menghantar sihir kepadanya dan juga keluarganya.

Menerusi Instagram Live, Remy mendedahkan situasi yang berlaku pada dirinya dan berkongsi pengalamannya terkena ilmu hitam. Menurut Remy, pada awalnya dia menyangkakan mengalami depresi sehingga seperti hendak melakukan perkara bukan-bukan termasuklah membunuh diri.

BACA: Remy Ishak Beri Amaran Individu Hantar Sihir Pada Keluarganya

“Sejak beberapa minggu lalu saya sedar saya telah melakukan perkara yang bukan atas kehendak sendiri. Hati tak gembira, suka bersendirian, susah membuat keputusan dan saya tidak mahu keluar rumah.

“Pada masa sama, saya mengalami mood swing, rasa sedih amat sangat, mula berfikir negatif, cepat marah dan tidak mahu keluar rumah sebab takut naik angin.

Tetapi apabila tinggal di rumah saya akan rasa sedih sangat, perasaan itu bercelaru,” katanya.

Remy mengakui dia mula mengambil beberapa jenis ubat yang digunakan untuk menenangkan diri dan mendapatkan rawatan perubatan Islam. Jelasnya lagi, dia masih perlu melakukan rawatan lagi berikutan gangguan belum hilang sepenuhnya.

“Keluarga saya sudah lama perasan perubahan saya dan mereka nasihatkan saya untuk berjumpa ustaz.

“Kemudiannya saya berjumpa seorang ustaz dan menerusi bacaan ayat al-Quran dan surah Rukyah, tiba-tiba ada satu benda kawan badan saya. Saya pun terperanjat! Tetapi saya tak boleh bercakap.

“Saya tak boleh bergerak, badan saya seperti terkunci dan benda itu mengawal diri saya.Dia mula menangis, selepas itu dia gelak dan mengilai panjang.

“Apabila berubat dan saya sendiri sedar serta dapat rasakan ada tenaga lain kawal dan mula bercakap, semua pandangan mengenai saya depresi hilang,” tambahnya.

Menerusi perkongsian tersebut, Remy berkata dia akan berjumpa dengan pakar psikiatri untuk berunding lebih lanjut dari sudut perubatan moden.