fbpx

Baru-baru ini, pelakon Diana Danielle dijemput sebagai tetamu dalam sebuah podcast Studio Sembang yang dikendalikan oleh rakan artis Amelia Henderson.

Menerusi podcast tersebut, hangat diperkatakan apabila Diana mendedahkan pernah menjadi mangsa pukul seorang bekas kekasih yang tidak didedahkan identitinya sebelum bercinta dengan Farid Kamil.

BACA: Diana Daneille Dedah Bengkak Tengkuk Di Pukul Bekas Kekasih

Memetik Harian Metro, Diana terkejut pendedahannya itu menjadi tular serta enggan memanjangkan kisah penderaan yang pernah dialami dengan bekas kekasihnya.

“Saya tak berniat nak mengungkit, ia sekadar perkongsian saja. Bukan niat saya, orang pun tahu saya jenis orang yang bukan suka cari gaduh. Saya pernah mendedahkan perkara ini 10 tahun lalu, tapi mungkin ramai peminat muda yang tak tahu,” katanya.

Menurut Diana lagi, pendedahannya itu bukan sekadar berkongsi pengalaman tetapi juga mengenai kesihatan mental. Ujarnya, selepas muncul di podcast tersebut ramai yang menghantar mesej kepadanya mengucapkan terima kasih.

“Kita juga bercakap mengenai kesihatan mental dan bagaimana cara untuk meneruskan hidup. Sepanjang lebih satu jam berkongsi, tak sangka pula perkara itu yang menjadi perhatian, benda itu yang orang fokuskan.

“Bila saya dengar semula rakaman terbabit, ramai yang mesej secara peribadi dan berterima kasih kerana ada perkara yang saya sentuh memberi semangat kepada mereka serta memberi ruang mereka bercerita mengenai pengalaman mereka, bukan hanya berkisar mengenai apa yang saya perkatakan,” katanya.

Dalam pada itu, Diana mengakui timbul rasa serba salah apabila dia membuat pendedahan tersebut. Ditanya sama ada dia fobia selepas melalui pengalaman hitam itu, Diana berkata dia menjadikan apa yang berlaku sebagai pengajaran.

“Dalam hati saya wujud rasa serba-salah apabila saya berkongsi mengenai perkara itu kerana saya tak maksudkan sesiapa. Saya tak boleh nak salahkan orang lain jika kita sendiri yang memulakan sesuatu.

“Ia menjadi pengajaran. Dalam hidup ini, manusia tak lari daripada buat kesalahan atau membuat orang lain terasa hati. Kita belajar menjadi insan yang lebih baik dan belajar buat keputusan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga,” katanya.