fbpx

“Saya Tak Berdendam Dengan Armin”

Sah bercerai talak satu semalam, Ziana Zain sudah memaafkan bekas suaminya, Armin Zahrin atas apa yang berlaku sepanjang perkahwinan mereka. Malah Ziana lega akhirnya proses penceraian mereka berakhir.

BACA: Armin, Ziana Zain Sah Bercerai Talak Satu

“Saya tidak pandai simpan dendam. Saya bukan orang jenis begitu. Saya bersyukur semuanya selesai dengan tenang dan aman hari ini. Syukur kepada Allah berkat kesabaran saya semuanya selesai dengan baik dan tenang”

Semalam Ziana ketika bercakap kepada media turut dalam linangan air mata dan mengharapkan jalan beliau sekeluarga selepas ini dipermudahkan. Selain itu, Ziana turut mengegaskan tiada perasaan dendam terbuku dalam hatinya.

“Sukar untuk saya tafsirkan air mata ini. Apa-apa pun, sama-sama doakan yang terbaik untuk hari mendatang. Bagi pihak keluarga, saya ucapkan terima kasih kepada semua pihak yang berdoa,” jelasnya kepada Berita Harian Online.

Dalam prosiding yang berlangsung semalam, Ziana turut ditemani adiknya, Anuar Zain yang bersyukur segalanya dipermudahkan dan berjalan dengan lancar. Semoga pasangan ini tabah menghadapi dugaan besar ini. (rtky/w)