fbpx

“Saya Tak Bercinta Dengan Sesiapa, Selagi Belum Kahwin”

Sering memuat naik gambar bersama, ada dakwaan mengatakan Emma Maembong kini bersama jejaka baru yang dikenali sebagai Noki. Menurut Emma, beliau mengakui rapat dengan jejaka itu dan mengenalinya sejak tujuh tahun lalu.

BACA: Putus Cinta Dengan Abang Menteri, Emma Maembong Ada Kekasih Baru?

“Sebenarnya Noki adik kepada kawan baik saya, kami sudah kenal satu sama lain sejak tujuh tahun lalu. Sebelum ini saya ada berkongsi gambar dengan dia tapi mungkin orang baru perasan dan mula bercakap sebab dia semakin popular”

Emma sebelum ini pernah dikaitkan dengan Syed Abdullah apabila gambar mereka bercuti bersama tersebar. Menjawab status hubungan mereka, Emma menafikan ada hubungan istimewa malah jelasnya mereka hanya berkawan.

“Saya dan dia tiada sebarang hubungan istimewa pun tetapi kami memang berkawan baik. Sejak bila saya dan Syed Abdullah bercinta? kami berkawan baik sahaja. Tak salah ada ramai kawan, setakat ini saya masih solo selagi belum berkahwin,” katanya kepada m Star Online.

Terdahulu beberapa gambar Emma tidak bertudung dan seksi bersama Syed mula tersebar di media sosial. Tidak lama kemudian, Emma mengumumkan kepada umum tidak mahu lagi memakai hijab sehingga kini. (rtky/w)