fbpx

Rabu lalu, pendakwah selebriti Da’i Syed berkongsikan khabar duka isterinya, Hana Ismail mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu.

“Susah Hidup & Cari Kerja Sebagai OKU, Terjejas Pula Kerana Gerakan Boikot”

Baru-baru ini, Malaysia menyaksikan gelombang gerakan sosial di mana pengguna dan aktivis mendesak untuk memboikot produk yang berkaitan dengan Israel. Gerakan ini, terutamanya dipicu oleh konflik di Timur Tengah, telah menimbulkan perdebatan dan tindakan di...

Baca Lagi

Menerusi perkongsian terbaru, Hana memaklumkan dia sudah pun selesai menjalani rawatan mencuci rahim di sebuah hospital di Kajang.

BACA: Hamil 10 Minggu, Isteri Da’i Syed Keguguran

Meluahkan rasa syukur pembedahan berjalan lancar, Hana berkata dia sudah pun dibenarkan pulang dan menjalani proses berpantang di rumah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hana Ismail (@hanaalmauzah)

“Alhamdulillah pembedahan saya berjalan dengan baik berkat doa semua dan Hana dibenarkan keluar hospital hari ini. Insya Allah akan menjalani proses berpantang dan penyembuhan di rumah,” katanya.

Dalam pada itu, Hana turut memuji suaminya yang merupakan sumber kekuatannya. Kata Hana dia tidak akan berjaya secara fizikal dan mental jika bukan kerana Syed.

“Saya tidak akan berjaya secara fizikal, mental dan kewangan kalau tidak kerana insan bernama Syed Shah Iqmal. Wallahi, dialah sumber kekuatan terbesar Hana sepanjang tempoh ujian ini.

“Dia bersama saya sepanjang masa hatta urusan di bilik air sekalipun! Ya Allah kau ganjarilah suamiku dengan sebaik-baik ganjaran. Payunginya dengan rahmah dan kasih sayangMu dunia akhirat,” tulisnya.

Untuk rekod, Da’i Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu di Kuala Lumpur.