fbpx

Hamil 10 Minggu, Isteri Da’i Syed Keguguran

Pendakwah bebas, Da’i Syed berkongsikan berita duka isterinya personaliti televisyen Hana Ismail mengalami keguguran ketika usia kandungan mencecah 10 minggu.

Berita itu dikongsikan oleh Syed di Instagram miliknya sebentar tadi. Syed berkata dia dan isteri reda Allah hanya memberi pinjaman selama 10 minggu.

BACA: Kongsi Video Joget, PU Syed Tegur Da’i Syed

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SYED IQMAL ? (@daisyed_)

“Berat hati ini ingin khabarkan, Semua pasangan suami & isteri inginkan cahaya mata. Sejujurnya, isteri saya memang pregnant. Tetapi Allah hanya memberi pinjaman ini hanya 10 minggu sahaja,” tulisnya.

Sementara itu, Syed turut memohon orang ramai mendoakan buat isterinya yang akan menjalani rawatan mencuci rahim di sebuah hospital.

“Harini , isteri saya akan menjalani proses DNC di Hospital KPJ , mohon doakan untuk beliau,” katanya.

Untuk rekod, Syed dan Hana mendirikan rumah tangga pada 3 Disember tahun lalu.