fbpx

“Saya Tahu Tutup Aurat Wajib Sebab Hari-Hari Kena Sekolah”

Sudah lama tak dengar cerita tentang pelakon cantik Izara Aishah, baru-baru ini perkongsiannya di media sosial menjadi perhatian ramai netizen. Menerusi entri tersebut, Izara memuat naik gambar kartun perbandingan wanita tidak berhijab dan bertudung labuh.

Menurut Izara perkongsian itu bertujuan untuk menegur sikap segelintir netizen yang suka sangat melemparkan kata-kata buruk dan negatif kepada wanita.

BACA: Izara Aishah Mengaku Suntik Bibir Untuk Lebih Mugil

Katanya lagi, sudah tentu dia dan wanita yang belum berhijab tahu bahawa sebagai seorang Muslim diwajibkan menutup aurat.

“Post ini bukan sebab saya atau wanita lain tak mahu menutup aurat sayang. Post ini lebih kepada yang duk kutuk tu.

“Kami wanita dah tahu memang kena tutup aurat sebab hari-hari kena sekolah tapi post ini untuk kaum lelaki atau wanita untuk jangan bercakap begitu ya. Ia juga berdosa,” tulis Izara.

Dalam pada itu, Izara berkata sebelum ini dia membuka ruangan komen di foto tersebut adalah untuk menyekat netizen yang negatif dan tidak akan memberi peluang kepada mereka yang tidak menghormati orang lain di akaun Instagramnya. Bagaimanapun, kapsyen berkenaan telah pun dipadam.