fbpx

“Saya Tahu Aliff Akan Berubah Sebab Nampak Dia Solat”

Kekasih gelap kepada Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine berkata dia percaya bahawa teman lelakinya itu akan berubah kerana dia nampak aktor itu menunaikan solat.

Memetik Kosmo, Sarah berkata ada ‘sesuatu’ yang mencetuskan keadaan mental Aliff tidak stabil dan disebabkan itu dia terus mempertahankan aktor itu supaya bukan dirinya seorang saja dipersalahkan.

BACA: Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Dengan Aliff Aziz

“Saya tahu dia akan berubah sebab saya nampak dia solat. Dia okey, cuma ada benda yang tidak kena sampai mengakibatkan mentalnya menjadi kurang stabil.

“Saya juga bukan sejenis orang yang suka jatuh hukum lebih-lebih lagi apabila hanya dia seorang sahaja dipersalahkan dalam isu khalwat, baru-baru ini,” katanya.

Sementara itu, wanita berusia 24 tahun itu berkata perasaannya terhadap Aliff masih sama dan dia juga pernah memberitahu Bella Astillah mengenai perkara itu.

“Apabila bercakap melibatkan perasaan, memang ada lagi. Bukan satu hari cinta terus hilang. Jujur ada lagi, saya pun pernah beritahu Bella mengenai perasaan saya,” katanya.

SUMBER: Kosmo