fbpx

Sarah Yasmine Tetap Sudi Kahwin Dengan Aliff Aziz

Wanita yang kini menjadi perhatian ramai yang juga pernah menjadi kekasih Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine berkata dia sudi menerima jika aktor itu mengajaknya berkahwin.

Menerusi temu bual bersama Asto Gempak, Sarah berkata jika Aliff berubah dia sudi menerimanya namun dia okay dengan siapa pun Aliff berkahwin meskipun bukan dirinya.

BACA: Tukar Bio ‘NRF, LUSM’ Di IG, Sarah Yasmine Anggap Ruhainies Tak Tahu Malu

“Kalau Aliff berubah, mungkin. Jodoh Allah yang pilih, bukan saya. Saya juga tak benci orang lama. Saya cuma tak boleh ditipu banyak kali.

“Saya okay kalau dia nak kahwin dengan siapa pun walaupun bukan saya. Saya tak mahu paksa dia suka saya atau kahwin dengan saya,” katanya.

Sementara itu, Sarah mengakui ramai wanita yang gilakan Aliff ditambah pula dengan statusnya sebagai selebriti.

Dalam pada itu, Sarah berkata Aliff mempunyai kekurangan namun seorang yang baik namun dia juga menyedari bahawa aktor itu berstatus suami orang.

SUMBER: Astro Gempak