“Saya Suka Wanita Berkerjaya, Berilmu & Suka Cari Ilmu”
Hangat diperkatakan mengenai wanita pendidikan tinggi, pelakon dan penyanyi Naim Daniel berkata dia tidak kisah jika calon isterinya berkedudukan atau tinggi pendidikan.
Naim berkata kaum lelaki tidak sepatutnya rasa tercabar sebaliknya memberi sokongan kepada wanita. Naim turut mendedahkan dia sukakan wanita yang berkerjaya dan berilmu.
BACA: Tak Sesuai Sebab Terlalu Kacak, Ramai Pertikai Naim Daniel Bawa Watak Askar
“Kalau saya dapat isteri suatu hari nanti, itu adalah tanggungjawab saya sokong apa saja untuk isteri serta kakak atau adik perempuan kita mengejar cita-cita yang boleh menaikkan daya keyakinan mereka.
“Kita perlu saling melengkapi. Buat apa nak risau kalau dapat kekasih atau isteri yang berkedudukan kaya. Tidak patut wujud rasa tercabar kepada segelintir lelaki.
“Saya sukakan wanita yang berkerjaya, berilmu dan suka mencari ilmu kerana perkara itu sebenarnya meningkatkan moral kita bukan sebagai lelaki atau perempuan, tapi sebagai manusia sendiri,” katanya.
Dalam pada itu, Naim mempersoalkan sampai bila taraf kaum wanita perlu diletakkan lebih rendah daripada lelaki dan mentaliti seperti itu tidak harus wujud.
“Sampai bila pula nak pijak kaum wanita dan meletakkan mereka di tahap yang mendatar sahaja? Kenapa tidak kaum lelaki menganggap perkara itu satu persaingan sihat.
“Kita sama-sama menuju ke arah perkara yang baik untuk diri sendiri kita jugalah untuk memperbaiki diri. Tiada masalah pun rasanya,” katanya.
- SUMBER
- Harian Metro
Mn smue org nie? Xd satu pon komen..ape yg korang busi sgt time mco nie?
Lebai dan ustaz jadian je yg tak suka pompuan lebih drp mereka
Betul tu….respect each other…
Betol tu. Laki cerdas pemikiran memerlukan isteri cerdas jugak. Klu x , bosan laki tu nak berkomunikasi tp tersangkut dek bini sgt x paham.
Klu suami yg nak isteri buat kerja rumah semata and not much involving other skills, biasanya suami tu sendiri agak lembab.
So sebelum kawin, agak la couple awak tu match x dgn awak. Sekufu.
Kalau cari yg lembab dr kita, hangin nnt tgk lembab dia. Kalau yg hebat sgt dr kita, selalu diperlekehkan nnt. Cari yg setara je.
Yaka? Maaflah. I tak suka you.. Poyo