fbpx

“Saya Suka Pakai Hijab, Rasa Tenang” – Jasmine Suraya

Pelakon Jasmine Suraya mengakui suka memakai hijab dan rasa tenang setiap kali menyarung hijab di kepala.

Memetik Kosmo, Jasmine berkata apabila memakai tudung sekaligus memudahkan kerjanya yang tidak perlu berdandan setiap kali menjayakan watak yang perlu bertudung.

BACA: Anjur Majlis Agama, Neelofa Terharu Jasmine Suraya Turut Hadir

“Sejujurnya, saya suka pakai hijab sebab entah bagaimana, ada ketenangan dalaman. Rasa macam tenang juga. Saya juga tak perlu risau nak berdandan banyak sangat. Keadaan jadi lebih mudah dan selesa. Luahan hati sis je,” katanya.

Terdahulu, selebriti popular Neelofa meluahkan rasa terharu apabila Jasmine Suraya turut hadir di majlis ilmu yang dianjurkannya.

Menurut Neelofa, dia mengakui terkejut apabila Jasmine menyatakan hasrat untuk menghadiri majlis ilmu tersebut serta mengatakan mahu datang kerana ingin tahu mengenai agama Islam.