Anjur Majlis Agama, Neelofa Terharu Jasmine Suraya Turut Hadir
Selebriti popular, Neelofa meluahkan rasa terharu apabila majlis ilmu yang dianjurkannya untuk rakan artis mendapat sokongan ramai.
Memetik BH Online, Neelofa turut terharu apabila pelakon bukan Muslim iaitu Jasmine Suraya turut hadir untuk belajar mengenai agama Islam.
BACA: Neelofa Ditegur Panggil Anak Elisya Sandha ‘Boy’
“Sangat mengejutkan apabila rakan artis bukan Muslim seperti Jasmine menyatakan hasrat mahu hadirii majlis ilmu. Dia mahu datang kerana ingin tahu mengenai Islam.
“Jasmine jadi orang terakhir yang meninggalkan majlis. Itu majlis ilmu pertama yang dihadirinya. Kebetulan pada penghujung majlis, ustazah menyebut kisah orang bukan Muslim yang ada masalah keresahan (anxiety) dan disuruh berzikir pada Allah.
“Alhamdulillah, rezeki dia (Jasmine) berpeluang hadir majlis itu. Saya berbesar hati menjemput Jasmine. Rasa berbunga-bunga hati apabila dia mahu sertai,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa terharu kerana majlis ilmu yang dianjurkannya mendapat sambutan baik kerana pada awalnya dia mengakui bimbang jika mengguris hati sesiapa.
“Sebenarnya, saya segan ajak orang. Saya fikir apakah tetamu mahu atau tidak datang. Saya takut singgung perasaan mereka, tetapi, Alhamdulillah semua sambut baik jemputan saya.
“Malah, rakan artis tidak bertudung berterima kasih saya menjemput dan mahu datang lagi. Sebenarnya, mereka perlukan orang lain untuk bantu dan bimbing, cuma tidak tahu di mana hendak mula,” katanya.
Dalam pada itu, Neelofa berkata dia berhasrat untuk menganjurkan majlis ilmu untuk rakan rakan artis sebulan sekali serta merancang untuk mengadakan majlis lebih besar untuk orang ramai.
“Saya terfikir mampu melakukannya tetapi kenapa tidak buat. Saya mahu mulakan dengan majlis pengenalan kepada Rasulullah SAW. Saya akan bagi tarikh dan masa, tinggal datang sahaja. Tidak perlu bayar atau sahkan kehadiran dan sebagainya,” katanya.
- SUMBER
- BH Online
Menguap
Penjawat awam bawahan wajib isytihar harta secara berkala. Orang kayangan umngok dah beberapa kali diberi cadangan buat perkara yang sama tapi sampai sekarang hanya tinggal kenangan. Takut apa kalau kita di jalan yang betul. Tak kan masa buat karangan SPM bahasa Melayu je berani tulis berani kerana benar tapi dalam kehidupan sebenar takut lebih ² lagi apabila kita pemegang amanah!
jgnlah di hebohkan itu privasi org.
org borneo memang begini semua di belajar supaya boleh menyesuaikan diri tempat orang
opah Raziah…jemput x??? kak kilometer x jemput ke??
Farizan Zainal – 2/10
Rasa nak join..p neelofa pilih artis…
Ifa raziah, KKM, dan dato seri Vida , alif syukri manusia yang layak utk dijemput, beri tazkirah sikit diaorang tu..
entahlah, tiba2 tercompare.. sbb tak suka jahlop.. tapi tu la,, yg sorg buat majlis agama,, yg sorg buat konsert.. hmmm
Tu laa kalo x canang kt socmed bkn jahlop namanya ..
Alhamdulillah bagus neelofa buat majlis ilmu² mcm ni. Perbanyakkan lg majlis ilmu lagi² dunia kita ni dah tenat dunia akhir zaman.?
Alhamdulillah bagus neelofa buat majlis ilmu² mcm ni. Perbanyakkan lg majlis ilmu lagi² dunia kita ni dah tenat dunia akhir zaman bukan perbanyakkan hiburan lagha.?