fbpx

“Saya Selesa Dengan Rambut Saya, Mereka Yang Gila”

Satu demi satu kontroversi panas terpalit dirinya, April lalu pelakon Fathia Latiff membuat keputusan untuk tidak lagi berhijab dan tampil dengan imej berambuat pendek.

Bagaimanapun, ada pihak tidak bertanggungjawab menuduh dirinya gila. Tidak mudah melatah dengan tuduhan tersebut, Fathia memberitahu dia selesa dengan dirinya serta penampilannya sekarang.

BACA: “Sukar Untuk Jelaskan Kenapa Saya Buka Tudung”

“Bagi saya, apa yang orang nampak berbeza dengan apa yang saya rasakan. Jadi, apa yang saya rasa sekarang, saya sangat selesa dengan diri saya.

“Saya selesa dengan rambut saya, dengan pemakaian saya… Saya rasa mereka yang ‘gila’ sekarang,” katanya seperti dipetika daripada Astro Gempak.

Enggan ambil peduli dengan cakap-cakap orang mengenai dirinya, Fathia mahu terus pandang ke hadapan dan menejar cita-citanya dalam bidang muzik.

“Saya baik-baik sahaja… Saya masih di sini. Sebagai selebriti, saya kena buat apa yang patut saya buat. Saya masih di sini, meneruskan muzik saya.

“Tak kisah orang cakap apa pasal saya, tak kisah bagaimana orang melihat saya, asalkan saya tahu apa yang saya mahukan, saya akan teruskan. Kena teruskan dengan kehidupan dan mengejar cita-cita,” katanya.