fbpx

“Saya Selesa Begini, Dari Bertudung Jaga Hati Orang”

Okay, masih lagi isu mengenai tindakan Uqasha Senrose mengambil keputusan tidak mengenakan hijab, baru baru ini melalui Astro Gempak, pelakon ini menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya kini bukanlah untuk memuaskan hati orang lain.

BACA: Jadi Bahan Cemuhan, Uqasha Senrose Tak Kisah

“Saya selesa begini, daripada bertudung hanya sebab nak jaga hati orang ramai buat apa, lebih baik jadi diri sendiri dan saya rasa lega. Kalau orang tak suka tak mengapalah. Memang dari mula saya bertudung pun tetap ada orang tak suka jadi saya nak buat bagaimana?”

“Kita tak dapat nak puaskan hati semua orang. Saya syukur kerana mempunyai keluarga yang amat memahami diri saya. Sebelum saya buat keputusan untuk membuka tudung, ya memang saya berfikir terlebih dahulu tentang akibat yang akan saya terima, tapi apa yang saya boleh katakan, saya memilih untuk tidak mahu menjadi hipokrit dengan semua orang,” katanya.

Bagi Uqasha, apa yang lebih penting buatnya kini adalah untuk meneruskan kehidupan dan gembira dengan apa yang dilaluinya kini. (rtky/s)