“Saya Selalu Menangis Memikirkan Nasib Masih Belum Hamil”
Hampir lima tahun mendirikan rumah tangga, Siti Elizad akui sedih dan tertekan kerana masih tidak lagi dikurniakan cahaya mata. Sebelum ini, Elizad pernah memberitahu dikurniakan seorang zuriat pun sudah cukup memadai.
Elizad berkata adakalanya dia tidak dapat menanggung rasa sedih dan diluahkan dengan tangisan. Menurut Elizad, dia juga pernah tertanya-tanya mengapa Allah berikan semua nikmat dan rezeki kepadanya tetapi mengapa bukan cahaya mata.
BACA: “Berhenti Cucuk Muka Sebab Nak Dapatkan Anak”
“Orang tak tahu sebenarnya saya selalu menangis dalam bilik air seorang diri kerana terlalu sedih memikirkan nasib saya masih belum hamil.
“Saya sedih dan kadang-kadang tertanya juga, kenapa Allah dah bagi semua nikmat dan rezeki kepada saya tetapi rezeki cahaya mata sahaja belum saya nikmati.
“Namun saya bersyukur kerana suami sangat memberikan sokongan padu kepada saya supaya tidak terlalu bersedih dan tertekan memikirkannya,” katanya kepada Astro Gempak.
Dalam pada itu, Elizad berkata setelah pelbagai usaha dilakukan termasuk mendapatkan rawatan namun tidak membuahkan hasil dan akhirnya dia dan suami bakal menjalani proses IVF untuk langkah terakhir mendapatkan zuriat.
“Sejak tahun lalu sebenarnya kami sudah mula mendapatkan rawatan dan mencuba makan pelbagai ubat tapi hasilnya masih sama.
“Setelah pelbagai usaha dilakukan, kini saya sudah bersedia untuk melakukan proses IVF dalam usaha untuk mendapatkan zuriat,” katanya lagi.
Untuk rekod, Elizad mendirikan rumah tangga dengan duda dua anak, Shamsul Baharin Rahman pada 11 Januari 2015.
- SUMBER
- Astro Gempak
Sabar la cik kak lom rezeki lg tu..
Ada sbb ALLAH belom bgi atau x bagi. Teruskan hidup masa biasa, setiap bulan jika drh haid dtg, jgn teriak marah itu je ..blom masanyer..
Tanya Ashraf Muslim mcm mana Dr. Dayana boleh hamil.
Dulu dia ada cakap sudah berubat cara tradisional dan moden tapi Dayana belum hamil.
Berapa bulan lepas tu dia lari ke Thailand hamilkan sakinah
Tanya Ashraf Muslim mcm mana Dr. Dayana boleh hamil.
Dulu dia ada cakap sudah berubat cara tradisional dan moden tapi Dayana belum hamil.
Berapa bulan lepas tu dia lari ke Thailand hamilkan sakinah
Profil gadis-gadis yang menarik yang tidak pandai bercakap dengan anda —>?? getbadgirl. com ??
Be strong Elizad. Even bkn dr rahim sendiri, u still can be mother to kids who need one. Though never in ur state, i faham. My own cousin just like u..serba salah bila nak cerita ttg anak dpn dia. She’s happy when we talk about children, but deep in side.. Sigh
I feel u elizad..but kita hidup di zaman moden jd jgn cpt give up bermacam cara dan kaedah perubatan moden blh dicuba.Bila tiba masanya Allah akan bg tp kita xblh meratap hiba shj menangisi nasib kn berusaha jg. Anak lelaki tunggal sy pun melalui IVF ulang alik hospital kerajaan dari 2009 hgga 2012 baru berjaya(krn xmampu hospital swasta)..bg yg ada kemampuan lbh baik proceed terus private hospital.Jgn tunggu lama krn peratus kejayaan IVF jg bergantyng kpd faktor umur(dan kriteria lain dgn izin Allah).
But remember sesiapa yg suka melecehkan wanita lain yg tidak dpt melahirkan anak ada jg wanita syurga yg Allah takdirkan tidak dpt mengandung iaitu Saidatina Aisyah isteri nabi Muhammad s.a.w.Jd wanita2 diluar sn yg senasib anda salah seorang wanita hebat yg sdg diuji Allah dgn dugaan bgn.Bertabahlah.
Akak ni lepas 10 tahun baru dpt anak ..jenuh buat IVF… hasilnye kembar … Sabar le ye …
Dah cukup time tunggu dah tu …gi buat IVF ..tak yah pi jumpa bomoh bomoh ni ngarut saja .
4 kali ivf baru lekat …so kena usaha ok …
Yg menangis tiap hari pun akak buat juga …so its normal …
Aku pun lepas 5 tahun kawen dpt seorang anak. Lepas tu gugur 6x . Tiap kali mengandung , masuk je bulan ke 3, doktor suruh berehat kat wad. Gugur juga. Aku ambek ank adik bela. 2 tahun lepas tu berderet dapat 2 org anak. Alhamdulillah. Jgn putus asa.
saya dua kali buat ivf tapi x rezeki. akhirnya, saya dan suami plan untuk ambil anak angkat, Alhamdulillah, bulan lepas kami dapat seorang anak angkat. Jangan putus asa dan sentiasa berdoa. Yakinlah Allah ada perancangan yang baik utk kita.