“Saya Sedar Siapa Diri Saya, Jauh Beza Ibarat Langit Dengan Bumi” – Iqbal
Semalam hangat diperkatakan apabila penyanyi terkenal Indonesia, Datuk Seri Rossa mengatakan dia tidak mengenali usahawan sensasi Ahmad Iqbal Zulkifli dan hanya bertemu sekali sahaja.
Kata Rossa lagi, dia mengakui memang ada bertemu seseorang dari Malaysia yang minta bergambar dengannya namun menganggap peminat mahu bergambar sahaja.
BACA: Tak Kenal Iqbal, Rossa Anggap Peminat Nak Bergambar
Sementara itu, Iqbal mengakui apa yang dikatakan oleh Rossa itu adalah benar. Iqbal bagaimanapun bersyukur kerana penyanyi itu ingat akan dirinya.
“Benar apa yang saya katakan, saya masih mahu mengenali. Mengenali tidak semestinya mahu berkahwin. Berkawan mungkin, atau kerjasama apa yang boleh.
“Alhamdulillah, sekurang-kurangnya Dato Seri Rossa ingat saya menegur beliau kerana khanya saya seorang dari Malaysia ketika itu. Jangan risau, saya tahu untuk jaga privasi dan kehormatan seseorang,” katanya.
Sementara itu dalam perkongsian lain, Iqbal berkata dia sedar siapa dirinya serta menyifatkan dia dan Rossa seperti langit dan bumi.
“Saya sedar diri saya siapa. Jauh beza ibarat langit dengan bumi. Juga tahu batas pergaulan. Saya menghormati Dato Sri Rossa. Hanya mohon doakan yang baik-baik sahaja,” katanya.
- SUMBER
- Media Hiburan
Aduh…betul2 bebal..semua bnda ada je cara ko nk twist…nmpk sgt malu nk damage ctrl..mesti x expect ada sesi balas dari rossa kata x kenal ko..xpela, sedar diri tu bgus..tp lebih bgus klau sedar sblum claim or bg statement yg sgt cringeworthy
Mangkok ni?
Tak de siapa pun di Indonesia yang kenal dia.
Tu la laki2 busuk yg dalam lagu kau tu
rsenye dh boleh wartawan jgn tnye2 soalan lg..dia ni sapewww….
stop making this asshole famous. u guys give him free cheap publicity, which is what he seek fot
twist statement……
Ni
Rossa tak kenal pun mamat nie tp mamat nie nak tumpang tui dan viralkan sambil kata nak kenal rossa dgn lebih dalam. Rossa dpt ingat budok yg pakai baju pelik nak bergambar ngan dia tp yg paling rossa takleh lupa budok tu kata dari mesia tp rhoyak dgn slang mcm org timor leste.