“Saya Sedar Hanya Orang Biasa & Tiada Pengaruh” – Bekas Isteri Sam Bunkface
Susulan kenyataan Sam Bunkface yang dibuat pada Sabtu lalu, bekas isteri kepada penyanyi itu iaitu Aida Azira enggan mengulas mengenai perkara itu.
Memetik BH Online, Aida berkata dia tidak mahu memanjangkan isu berkenaan serta menyerahkan kepada mahkamah untuk membuat keputusan.
BACA: “Saya Tak Pernah Abai Nafkah Anak, Siap Bayar Lebih” – Sam Bunkface
“Saya tak nak komen apa-apa. Saya sedar hanya orang biasa dan tiada pengaruh. Jadi, sekarang tidak perlu saya mendedahkan perbualan WhatsApp atau seumpamanya kerana tak perlu untuk saya panjangkan perkara ini.
“Saya juga tidak mahu melukakan mana-mana pihak. Biarlah perkara ini diselesaikan oleh mahkamah. Saya hanya nak selesaikan dan tamatkan sahaja perkara ini,” katanya.
Dalam pada itu, Aida turut menitipkan nasihat kepada wanita di luar sana supya amengambil tahu dan memahami undang-undang untuk kebaikan diri sendiri. Malah, Aida juga percaya pasti akan ada kebenaran di sebalik isu dihadapinya itu.
“Tiada wanita yang mahu melalui perkara ini, jadi saya sendiri mahu menyelesaikan secepat mungkin dan berharap agar semuanya baik-baik sahaja.
“Kepada kaum wanita, tak kisahlah jika anda bekerjaya, suri rumah, ibu tunggal, masih bergelar isteri atau tidak, saya mahu setiap wanita faham undang-undang, faham hak sebagai wanita dan ibu. Golongan wanita patut tahu sistem kehakiman.
“Insya-Allah, hakim dan peguam akan tahu hakikat sebenar, begitu juga orang sekeliling pun akan tahu juga nanti. Jadi, selagi boleh pertahankan, kita harus pertahankan hak. Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak. Segala keputusan saya buat adalah demi kepentingan dan kebajikan anak,” katanya.
Terdahulu, Sam menegaskan dia tidak pernah mengabaikan tanggungjawab dan nafkah anak mereka, Maleeq meskipun pendapatannya terjejas ketika pandemik.
- SUMBER
- BH Online
dia cakap pasal hak hadanah tu ke?
bukan memang anak dia jaga ke,
and ex hubs pon jaga.
jadi dia takut ex hubs amek anak dorang?guru saya selalu pesan .
kalau bapak tu baik ( tak abai nafkah )
bagi je bapa tu jaga.Hakikatnya itu tanggungjawab bapa.
contoh Abby dan Norman.
(ni contoh bapak tak abai nafkah)
Tapi sebab kan takut dengan bayang sendiri, itu yang mintak bukan bukan.
Bawak lari anak ke Melaka pon da salah.
Me as a mum, sangat happy kalau bapa tak abai tanggungjawab anak.
Itu anak dia, dia kena jaga, bukan tahu buat anak je. Ok sekian.
Ibu mana yang mahu berjauhan dengan anak….Hmmm ckp tak serupa bikin…boleh pulakk hntar anak kat kampung
Anak pasal bg mak jaga.? Pastu nk mintak duit lebih. Tak faham kadang
playing victim card. pundek lah kau
boleh plak kau hantar anak gi melaka suh mak kau jaga. susahkan lagi mak kau nak kena jaga cucu. cuba kalau sam yg sorok anak tak bagi anak jumpa kau, mau meroyan kau betina..