Semalam kecoh di media sosial mengenai dakwaan dimana Aliff Aziz keluar berhibur di kelab hiburan bersama pelakon Oktovia Manrose. Susulan isu tersebut, ruangan komen kedua pelakon tersebut dihujani dengan komen kecaman netizen.
Bagaimanapun, Aliff Aziz meminta agar diberi ruang dan kini dalam perbincangan dengan keluarga sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu tersebut.
BACA:“Saya Tahu Dulu Afifah Nasir Tak Bersalah”
“Buat masa sekarang, saya tak boleh komen apa-apa. Saya sedang berbincang dengan keluarga mengenai hal ini,” katanya kepada Harian Metro.
Terdahulu, Bella Astillah meluahkan rasa kesal dengan tindakan suaminya yang sekali lagi dilihat curang. Bella menafikan sengaja membuat cerita serta mendakwa mempunyai tiga buah video menunjukkan suaminya keluar ke sebuah pusat hiburan bersama pelakon wanita tersebut.
Dalam satu kenyataan, Oktovia Manrose menafikan dia keluar berdua sahaja dengan Aliff Aziz ke kelab hiburan tersebut serta menjelaskan mereka turut ditemani rakan lain untuk mengelakkan fitnah.
Difahamkan, Aliff dan Oktivia berlakon bersama-sama dalam sebuah drama yang kini sudah selesai penggambarannya.