fbpx

“Saya Sedang Belajar Banyak Agama, Termasuk Islam”

Bekerja dalam industri hiburan yang didominasikan bangsa Melayu antara sebab Elizabeth Tan cuba mempelajari agama Islam. Pernah melalui fasa kemurungan yang agak kritikal, Lizzy bangkit semula menikmati kehidupan dengan positif dengan mempelajari beberapa agama termasuk Islam.

BACA: Elizabeth Tan Nafi Mahu Bunuh Diri

“Saya pasti kita mempunyai pandangan dan pendirian sendiri terhadap sesuatu perkara. Tapi ini adalah kehidupan saya dan biarlah saya pilih kehidupan sendiri. Saya baca banyak buku dan tonton video menerusi Youtube. Ada stu saluran yang mana saya tonton dan kandungannya tidak hanya terhad kepada satu agama sahaja”

“Bagi saya kalaulah saya bakal anut mana-mana agama sekali pun, biarlah saya anutinya dengan ikhlas. Bukan hanya terikut-ikut. Lebih baik saya fajainya secara menyeluruh,” jelasnya kepada Media Hiburan.

Tidak silap suatu ketika dulu juga, Lizzy pernah dikaitkan bercinta dengan seorang ahli perniagaan ang beragama Islam namun hubungan itu putus di tengah jalan. Mungkin kerana itu juga, Lizzy sudah terbiasa dikelilingi orang beragama Islam seterusnya mempunyai minat untuk memahami Islam. (rtky/w)