Elizabeth Tan Nafi Mahu Bunuh Diri, Belajar Lalui Pengalaman Pahit
Jika sebelum ini Elizabeth Tan atau pun mesra dengan panggilan Lizzy pernah menyatakan bahawa dia pernah terlintas untuk membunuh diri melalui laporan Utusan Malaysia, bagaimanapun perkara tersebut dinafikan pula ketika mengeluarkan kenyataan kepada BH Online.
BACA: Elizabeth Tan Hampir Bunuh Diri Lepas Putus Cinta
“Saya baru mendapat tahu ada beberapa tajuk (berita) mengatakan saya kecewa putus cinta sampai nak bunuh diri. Tajuk itu tidak betul, jadi saya harap semua jangan salah faham.
“Memang betul saya mengalami kemurungan dan sedikit tertekan sebelum ini, sebab itulah saya berehat seketika awal tahun ini. Namun ia bukan sepenuhnya disebabkan putus cinta.
“Saya berdepan beberapa masalah sejak tiga tahun lalu, yang sudah lama dipendam dan isu cinta itu hanya menjadi pencetus kepada semuanya. Saya semakin baik sekarang. Masa memang merawat kedukaan,” jelasnya kepada portal berita tesebut.
Tambah Lizzy lagi, dia banyak belajar daripada semua pengalaman pahit yang dilaluinya sebelum ini. Apa pun semoga Lizzy kuat dan tabah untuk meneruskan kehidupan. (rtky/s)
- SUMBER
- bh online
Apa2 jer laa amoi. Bkn mudah nk jd selebriti ni. Lg pun lizzy ni merupakan satu2 pnyanyi cina yg popular dlm market melayu. Cuma xde publisti sbb xde gossip. Produk lgu bru pun xde. Nsib ada offer utk drama astro tu. Apa tajuk ntah, x tngk plak aku..
Nasib moi tidak jadi terkawen melayu . Kalau tidak komen2 mereka boleh org masuk islam keluar islam…. tengok saja masa akim kawen dgn stacy…. keluarga stacy berusaha buat mcm org melayu tapi di kecam juga… org sudsh terima tapi masih dipertikaikan..
Amoi ni patut ikut jejak francesa peter jaclyn fokus 1 bidang jaa drama laa ni abg bomba laa abg polis laa pilot laa jpj laa tah laaa
Tabah ke tidak Sin Cos Tan ni? Takkan la sbb lagu Tabah tu tak hit pun nak bunuh diri