“Saya Sebenarnya Dah Malas Fikir Pasal Mekap Jika Nak Keluar” – Lisa Surihani
Penghijrahan pelakon Datin Lisa Surihani sememangnya disenangi ramai, malah penampilannya yang dilihat menjaga aurat turut menjadi inspirasi buat peminatnya.
Malah, ramai memuji dan mengagumi penampilan Lisa yang sebelum ini dilihat pernah tampil di kaca televisyen tanpa sebarang mekap.
BACA: Tiada Secalit Mekap Di Wajah, Ramai Puji Penampilan Lisa Surihani
Memetik portal BOOM, Lisa mengakui dia kini berada di fasa selesa untuk tidak berhias berlebihan serta malas untuk memikirkan tentang mekap jika ingin keluar rumah.
“Saya sebenarnya dah malas fikir sangat pasal make up jika nak keluar ke mana-mana. Kalau ada netizen yang komen cakap mereka lebih suka saya tanpa make up, itu saya tak berapa nak pasti.
“Saya sendiri tidak fikir terlalu terperinci berkenaan isu menggunakan atau tidak menggunakan make up semua ini,” katanya.
Dalam pada itu, Lisa turut memberitahu dia sedang berusaha untuk terus istiqamah dengan penghijrahan dilaluinya serta berharap peminat mendoakan yang baik-baik.
“Alhamdulilah, kalau mereka yang rasa benda itu baik, saya doakan untuk mereka juga. Perjalanan kita semua jauh lagi, banyak benda yang saya tak tahu. Saya nak belajar tentang ilmu agama, harap mampu istiqamah,” katanya
- SUMBER
- Boom
Alhamdulillah. semoga terus istiqamah dalam penampilan, perbuatan dan perkataan sis lisa.
Awk x mekap pn cntik jgak.mngkin cntik sbb ade air wuduk sntiasa.
Alhmdulilah Lisa..
Selagi niat yg jujur, ikhlas kerana Redha Allah, insyaAllah bantuan akn hadir dlm perbagai bentuk..
Yg Penting Niat ikhlas kerana Allah semata mata bukan kerana pujian / kejian Manusia..
SABAR – REDHA – SENYUM