“Saya Sayang Awak, Saya Nak Anak” – Janna Nick

Baru-baru ini, pelakon dan pengacara Janna Nick dilihat ada memuat naik gambar menyambut ulang tahun kelahirannya ke-29 pada 1 Jun lalu.

Menerusi perkongsian itu, Janna menulis kapsyen bahawa dia tidak berputus asa untuk memiliki cahaya mata dan dia belum berhenti berharap.

BACA: Dah Cuba Pelbagai Cara, Janna Nick Sampai Tertekan Belum Hamil

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Janna Nick (@jannanick)

“I love you. Saya nak anak. Belum berhenti berharap,” tulisnya

Dalam perkongsian itu juga, Janna turut memuat naik kata-kata ‘manifesting motherhood’ memberi gambaran bahawa dia kini ke arah tersebut.

Perkongsian Janna itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memberikan kata-kata semangat serta mendoakan agar pasangan itu segera menimang cahaya mata.

Terdahulu, Janna ada memuat naik video meluahkan rasa sedih hasratnya untuk menimang cahaya mata tidak kesampaian selepas berkongsikan video membuat ujian kehamilan menunjukkan tanda negatif meskipun sudah melakukan pelbagai cara.

SUMBER: mStar Online

×