fbpx

“Saya Sayang Awak, Diana”

Tidak dapat menyembunyikan perasaan gembira bertemu isteri tercinta, Diana Danielle hari ini, Datuk Farid Kamil meluahkan rasa cinta dan rindu ketika di Mahkamah Magistret Petaling Jaya, hari ini.

BACA: Farid Kamil Dibebas Dengan Ikat Jamin RM12,000

“Saya sayang keluarga saya, dan rindukan anak-anak saya. Melihat isteri saya datang hari ini, saya sangat gembira. Saya sayang awak, Diana,” katanya kepada Berita Harian Online ketika dibawa masuk ke bilik reman sebentar tadi.

Jelasnya, beliau memang mengharapkan Diana hadir memberikan sokongan terhadapnya yang berdepan dengan situasi pahit itu. Hari ini, Diana buat kali pertamanya hadir ke mahkamah selepas direman empat hari lalu.

Terdahulu, Farid mengaku tidak bersalah diatas empat pertuduhan yang dijatuhkan kepadanya dan meminta dibicarakan. Bagaimanapun Farid dibebaskan dengan ikat jamin, RM12,000 oleh adiknya, Fadzil Zahari.

Mendengar luahan Farid, kami turut sebak dan sedih melihat ujian hebat yang dihadapi oleh pasangan ini. Dalam masa yang sama, mungkin dugaan ini juga menguji hubungan mereka supaya terus lebih kuat. (rtky/w)