fbpx

Farid Kamil Dibebas Dengan Ikat Jamin RM12,000

Dalam kemas kini terbaru berikutan penahanan Datuk Farid Kamil, beliau difahamkan telah dibebaskan dengan ikat jamin sebanyak RM12,000 oleh adiknya, Fadzil Zahari sebentar tadi.

BACA: “Jangan Tanya Kenapa Saya Tidak Hadir”

Menurut laporan Berita Harian Online Live sebentar tadi, Farid mengaku tidak bersalah diatas keempat pertuduhan terhadapnya. Manakala mahkahmah memutuskan perbicaraan selanjutnya bagi kes itu pada 5 Mac ini.

Terdahulu Farid telah direman empat hari atas empat dakwaan, termasuk menampar anggota polis dan menendang dua orang awal Khamis lalu. Bagaimanapun semalam Farid direman satu hari lagi bagi membantu siasatan.

Malah keluarga Farid juga ada menyatakan hasrat mereka sekeluarga untuk membawa abangnya menjalani pemeriksaan dan rawatan yang sepatutnya apabila dibebaskan daripada tahanan reman nanti. (rtky/w)