fbpx

“Saya Rasa Perlu Keluar Dari Malaysia Sementara Waktu”

Sebelum ini, penyanyi Sufian Suhaimi memberitahu walaupun ikatan pertunangan mereka putus, dia tidak bermusuhan dengan bekas tunangnya, pelakon Elfira Loy. Bagaimanapun, Sufian mengakui terkesan apabila ada segelintir pihak masih lagi mengaitkannya dengan insan yang pernah dicintainya dahulu.

Bakal terbang ke Indonesia dalam masa terdekat, Sufian memberitahu dia ke sana atas urusan kerja dan bukan pergi membawa diri. Katanya lagi, dia sudah lama menyimpan hasrat untuk melebarkan sayap ke negara seberang itu.

BACA: Sufian Suhaimi Bawa Diri Ke Indonesia?

“Sebenarnya saya memang dah lama bercita-cita nak pergi ke Indonesia. Kalau ikutkan memang itu impian semua penyanyi. Saya ada suarakan hasrat itu kepada syarikat pengurusan.

“Saya rasa perlu keluar dari Malaysia buat sementara waktu ini bukan disebabkan nak melarikan diri tetapi mahu merasai suasana yang berbeza. Sebab akhir-akhir ini, saya agak terkesan apabila orang masih mengaitkan saya dengan orang yang pernah ada kaitan tapi benda itu dah berlalu,” katanya.

Terdahulu, Sufian mengikat tali pertunangan dengan Elfira pada Oktober tahun lalu namun hubungan mereka putus pada Febuari lalu. Namun, nama Sufian sekali lagi dikaitkan apabila Elfira mengikat tali pertunangan dengan lelaki bernama Faris Khairol Anuar, awal September lalu.