“Saya Potong Rambut Pendek Sebab Kecewa Dengan Keadaan Dunia”
Baru-baru ini, perkongsian penyanyi rock terkenal, Datuk Awie menjadi perhatian ramai apabila memuat naik gambar penampilan terbarunya berambut pendek.
Menurut Awie, beliau memotong rambut pendek kerana kecewa dengan keadaan dunia dan memaklumkan baru sembut dari penyakit baru-baru ini.
BACA: Awie Selamat Timang Anak Keenam Pada Usia 53 Tahun
“Saya potong rambut pasal saya kecewa dengan keadaan dunia sekarang yang dilanda pandemik Covid-19. Saya tak berapa sihat hari itu. Saya ada buat pembedahan dan terlantar lama di hospital dan juga di rumah.
“Saya dah rasa macam tak bermakna semua ini. Kerja tak ada, lepas itu sakit pula. Rambut saya hari-hari banyak yang gugur.
“Kalau dulu rambut saya itu mahkota untuk saya bekerja dan saya rasa bangga berambut panjang, tetapi dalam situasi sekarang termasuk saya kerap sakit dan tak bekerja pula, saya rasa seperti kecewa dengan keadaan diri dan dunia yang dilanda sakit,” katanya.
Kata Awie lagi, sebelum ini sepanjang tiga minggu dia hanya terbaring dan melihat rambutnya gugur tidak bermaya. Ujarnya, dia berniat memotong rambut untuk membuang segala kesakitan bersama rambutnya itu.
“Tiga minggu saya tak boleh buat apa-apa, cuma baring dan jalan dalam rumah saja. Saya jadi rimas dan marah.
“Jadi saya berniat memotong rambut saya untuk membuang sakit-sakit yang ada dalam diri saya pergi bersama rambut-rambut itu dan berdoa serta berharap tumbuhlah rambut yang sihat dan baik-baik bersama rezeki dan kesihatan yang elok-elok.
“Insya-Allah, itu sahaja sebenarnya yang membuatkan saya potong rambut. Saya juga sedang mencari jalan penyudahnya. Doa- doakanlah saya,” katanya.
Terdahulu, Awie mendedahkan pernah beberapa kali terkena sakit misteri dan berubat dengan beberapa pengamal perubatan Islam. Namun enggan berkongsi mengenai penyakitnya itu.
- SUMBER
- Harian Metro
Alaaa…ckp je la sakit sampai rambut gugur sbb tu potong rambut…Tak pyh belit jauh sgt
Berita apakah ini
Potong rambut sebab kecewa dengan dunia…!?
Apalah punya BODOH ni?
Orang kata semakin tua semakin cerdik. Tapi pakcik ni jadi semakin bingai pulak! HAHAHA!
Tak heran ko mmg hodoh pun lain la handsome mcm azri iskandar hairie Othman atau edika Yusuf cis .. skrng pelakon melayu semua muka level sampah mcm ko Atuk oi
Dato…..pasal rambut tu satu jer nak ckp “WA CAYA SAMA LU BRO!!!”