fbpx

“Saya Pilih Untuk Lupakan & Memaafkan Suami”

Selepas hampir dua bulan mendiamkan diri mengenai isu kemelut rumah tangganya, Datin Elvina Mohamad memberitahu hubungannya dan suami sudah kembali pulih serta tidak mahu memanjangkan perkara tersebut.

Katanya lagi, dia memilih untuk melupakan kontroversi itu serta memaafkan suami dan pihak tersebut. Ujarnya lagi, apa yang berlaku ada hikmah disebaliknya dan dalam kehidupan berumah tangga pasti akan ada pasang surutnya.

BACA: Elvina Mohamad Padam Gambar Kahwin, Suami

“Dalam sesebuah hubungan itu ada naik turunnya. Saya dan suami juga tidak terlepas dengan situasi itu namun kami sepakat untuk tidak memanjangkan kejadian itu.

“Semua orang melakukan kesalahan dan saya memilih untuk lupakan termasuk memaafkan suami dan pihak tersebut.

“Apa yang berlaku sebenarnya mempunyai hikmah dalam menguatkan lagi hubungan kami suami isteri,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Elvina lagi, sejak kejadian itu dia dan suami sedar bahawa kepercayaan dan komunikasi sangat penting dalam sesebuah perkahwinan.

Terdahulu, ketika sedang dalam berpantang Elvina mendedahkan ada orang ketika yang cuba menggangu rumah tangganya. Keadaan menjadi lebih tegang apabila Elvina ada memuat naik gambar individu itu di Instagram, namun wanita itu menafikan tuduhan tersebut.