Selebriti popular Neelofa berkongsikan perjalanannya untuk mendapatkan cahaya mata ketiga berbeza berbanding dua kehamilan terdahulu.

Menerusi satu podcast, Neelofa berkata kehamilan ketiga ini tidak mudah kerana dia mencuba mencuba pelbagai ikhtiar termasuk mendapatkan rawatan.

BACA: “Kena Berlaku Adil, Anak-Anak Ada Hak Ke Atas Saya” – Neelofa Pilih Utamakan Keluarga

Menurut Neelofa lagi, dia turut meletakkan satu garis masa dan akan mencuba melakukan rawatan IVF sekiranya belum hamil.

“Untuk kehamilan ketiga ini mengambil sedikit masa. Kalau macam anak pertama dan kedua, tidak dirancang dan perjalannya begitu dipermudahkan.

“Kali ketiga ini saya pernah kongsi dalam kelas usrah sebelum ini yang saya dalam proses TTC (trying to conceive). Perjalanan ini merubah pemikiran saya, baru saya faham perasaan mereka yang memang susah untuk hamil.

“Selama ini saya tiada pengalaman itu. Apabila saya pergi buat pemeriksaan, soalan pertama yang doktor tanya, anak pertama dan kedua ada lakukan apa-apa treatment atau tidak.

“Saya sampai letak satu garis masa, jika Januari tidak hamil saya mahu cuba IVF. Sentiasa buat kiraan hari sampai satu hari saya bercakap kepada diri sendiri yang saya sudah lakukan macam-macam cara. Tapi sudah minta doa ke tak?” katanya.

Bagaimanapun, Neelofa berkata dia menyedari usaha dan ikhtiar tidak cukup tanpa benar-benar memohon kepada Allah dan doanya selepas menunaikan ibadah umrah dimakbulkan.

“Saya tidak ketuk pintu Allah betul-betul. Selepas raya Aidilfitri, saya minta izin dengan suami nak pergi umrah. Saya pergi umrah minta khusus beberapa doa untuk hamil. Saya minta beriya-riya dengan Allah.

“Selepas saya pulang dari umrah, dua minggu selepas itu, saya disahkan hamil. Allah menjawab doa saya yang hampir setahun usaha untuk hamil sekali lagi.

“Apa pengajaran yang saya dapat adalah, memang betul kita semua boleh usaha dan ikhtiar, tapi tanya semula adakah kita minta doa betul-betul dengan Allah,” katanya.

×