Kemelut rumah tangga Aliff Aziz dan Bella Astillah akhirnya selesai apabila pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini.
Peguam Bella, Azmi Mohd Rais memaklumkan kedua-dua pihak bersetuju untuk berpisah dengan cara baik mengikut syarat yang telah ditetapkan.
BACA: Didi Astillah Nafi Bella Astillah Dah Berbaik Dengan Aliff Aziz
Menurutnya, Aliff setuju memberikan hak jagaan penuh kepada dua anak mereka, Ayden Adrean dan Ara Adreanna kepada Bella.
Memetik mStar Online, Bella meluahkan rasa syukur mendapat hak penjagaan dua anaknya merupakan harta bermakna serta tidak mahu menuntut apa-apa daripada bekas suaminya itu.
“Saya tak nak panjangkan apa-apa. Saya tak mahu apa-apa daripada Aliff. Sekarang adalah masa untuk move on. Banyak lagi perkara saya nak buat. Syukur anak-anak di bawah jagaan saya. Itu adalah harta paling bermakna,” katanya.
Ditanya sama ada dia dia sudi bertemu Aliff di masa akan datang, Bella berkata dia tidak memikirkan lagi hal tersebut dalam masa terdekat.
SUMBER: mStar Online