fbpx

“Saya Pendosa Yang Jujur”

Pelakon dan penyanyi sensasi, Aliff Aziz mengakui dirinya seorang pendosa yang jujur apabila ditanya ketika temu bual bersama Melodi sama ada dia seorang pembohong yang munafik atau pendosa yang jujur.

Menerusi temu bual itu, Aliff berkata dia menyesal dengan tindakannya mengaibkan isterinya, Bella Astillah dan tiada apa lagi yang perlu dibohongkan selepas semuanya pendedahan tular sebelum ini.

BACA: Aliff Aziz ‘Makan Luar’ Sebab Jiwa Rasa Kosong

Kata Aliff lagi, dia mengakui kekurangan diri namun mahu perbaiki diri menjadi individu yang lebih baik.

“Dengan apa yang sudah didedahkan, tiada apa lagi yang perlu dibohongkan. Saya seorang pendosa yang jujur.

“Saya orang yang jauh daripada sempurna yang nak belajar jadi baik. Sekiranya dapat putar balik masa, saya akan tarik balik daripada mengaibkan ibu kepada dua anak saya,” katanya.

Sementara itu, Aliff berkata jika terjadi perceraian dia akan memberikan hak penjagaan kepada Bella namun dia mahukan hak yang adik sebagai seorang bapa.

“Sekiranya perceraian ini berlaku, hak penjagaan ini akan diberikan kepada ibu, saya tidak akan melawan keputusan hak penjagaan itu.

“Apa yang saya mahukan ialah hak sebagai seorang bapa yang adil seperti melawat dan bermalam dengan anak-anak. Saya tidak mahu hubungan dengan anak-anak terputus atau terhalang,” katanya.