Didakwa tidak berbaju dan terlalu seksi dalam foto yang dimuat naik di Intagram, pelakon Dayana Roza menjelaskan dia memakai singlet ketika gambar itu diambil.

Jelasnya lagi, gambar tersebut diambil dari atas jadi ia dilihat seperti dirinya tidak berbaju. Ujar Dayana lagi, dia masih lagi tahu batas dan apa yang dilakukannya itu tidak keterlaluan.

BACA: Dayana Roza: Merokok, Pergi Kelab Itu Hak Peribadi

“Nampak je macam tak berbaju tapi saya memakai singlet. Gambar tersebut daripada shot atas jadi nampak macam saya tak berbaju.

“Itu adalah konsep yang kami semua pilih. Kami ada pasukan dan mereka semua dah berbincang jadi itu adalah konsep yang telah dipersetujui. Kami tahu batas, tahu apa yang kami buat dan ia bukanlah keterlaluan”, katanya kepada Astro Gempak.

Ujarnya lagi, perkara itu tidak akan menjadi isu jika ia dilihat daripada sudut positif dan. Kata Dayana gambar tersebut hanyalah untuk tujuan perniagaan dan mencari rezeki.

“Saya minta maaf kalau foto tersebut sensitif. Mungkin ada setengah pihak yang faham dan ada juga yang tak boleh nak terima. Saya hormat keputusan masing-masing,” katanya.

Apa pun diharap Dayana lebih berhati-hati sebelum memuat naik sesuatu di media sosial. Mungkin di mata kita nampak biasa, tapi berbeza di mata netizen.