fbpx

“Saya Pakai Hanya Untuk KLFW, Maaf Jika Tak Selesa” – Elvina

Baru-baru ini, penampilan seksi pelakon Elvina di acara Kuala Lumpur Fashion Week 2022 (KLFW) menjadi perhatian ramai apabila mencetuskan rasa kurang senang netizen.

Menerusi foto dikongsikan, Elvina dilihat memakai busana serba putih yang hampir mendedahkan pangkal pahanya bagi memberi sokongan kepada seorang pereka tempatan.

BACA: Elvina Mohamad Enggan Hamil Waktu Pandemik

Memetik Kosmo, Elvina memohon maaf jika penampilan itu membuatkan netizen rasa kurang senang namun dia berpakaian begitu hanya pada acara itu sahaja.

“Saya berpakaian begitu hanyalah untuk Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW2022) baru-baru ini. Tidaklah memakainya untuk urusan harian lain.

“Saya ke sana untuk memberi sokongan kepada salah seorang pereka fesyen.

“Mungkin orang anggap saya ini seorang yang lembut, jadi mereka agak terkejut melihat saya berpakaian sebegitu,” katanya.

Dalam pada itu, Elvina mengakui mungkin silapnya berpakaian sebegitu sehingga mengejutkan peminatnya.

“Mungkin salah saya juga, tidak semua pengikut media sosial boleh menerima gaya seperti itu.

“Saya minta maaf sekiranya pemakaian tersebut buat anda rasa tidak selesa namun, baju itu hanya untuk acara tersebut,” katanya.