fbpx

Elvina Mohamad Enggan Hamil Waktu Pandemik

Melihatkan bahaya virus Covid-19 dan banyak jumlah kematian melibatkan wanita mengandung, pelakon Elvina Mohamad enggan menambah cahaya mata ketika pandemik ini.

Perkara itu didedahkan Elvina menjawab soalan daripada pengikutnya sama ada mempunyai perancangan untuk menambah cahaya mata lagi.

BACA: Elvina Tetap Gigih Bekerja Walaupun Suami Kaya

Elvina berkata dia dan suami sememangnya merancang untuk menambah cahaya mata kedua namun bukan tahun ini melihatkan situasi sangat berisiko.

“Saya dan suami merancang nak ada anak kedua tapi bukan dalam tahun ini. Saya tak nak hamil sewaktu pandemik sebab terlalu berisiko.

“Jadi, andai virus ini berlalu pergi suatu hari nanti, barulah kami merancang semula. Insya-Allah, kalau ada rezeki. Doakan ya!” katanya.

Elvina mendirikan rumah tangga bersama suami, Datuk Haniff Borhan pada 18 Mac 2018. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Karl Mateen kini berusia dua tahun lapan bulan.