fbpx

“Saya Pakai Baju Warna Kulit, Luculah Komen Mereka”

Baru-baru ini, sekeping foto yang dimuat naik oleh pelakon cantik Bella Dally menjadi perhatian ramai apabila rata-rata netizen mempersoalkan baju yang dipakai olehnya seakan menampakkan bahagian dada.

Tidak mahu mengambil pusing dengan komen netizen, Bella merasakan hal itu melucukan kerana tidak mungkin dia tidak mengambil berat tentang pemakaiannya dan menjelaskan bahawa dia memakai inner atau baju dalam warna kulit.

BACA: Bella Dally Bangga Baju ‘Tersama’ Dengan Pengasuh Che Ta

“Takkan saya tidak ambil berat dengan apa yang saya pakai. Saya memang memakai baju dalam warna kulit untuk memadankannya dengan gaun kimono yang saya pakai di bahagian luar.

“Apabila melihat komen yang terlalu cepat jatuh hukum, memang sangat melucukan bagi saya. Tapi biarlah mereka berkata apa bukannya saya boleh halang pun hal itu.

“Saya ok saja dengan semua komen yang diberikan. Tapi saya harus berkata sesuatu juga demi mengelakkan orang bersalah sangka,” katanya kepada Harian Metro.

Terdahulu, menerusi ruangan komen gambar tersebut, ramai pengikutnya menasihati pelakon cantik itu lebih berhati-hati dalam soal pemakaian. Tidak kurang juga ada yang meminta Bella memadam gambar tersebut agar tidak mengundang sebarang fitnah.