fbpx

“Saya Pakai Baju Seksi Kerana Kerja, Bukan Suka Suka”

Pelakon drama Jangan Benci Cintaku, Zahirah MacWilson baru baru ini menerima kritikan apabila memuatnik sekeping gambar dalam pakaian yang agak seksi sehingga menampakkan peha ketika berkunjung ke Jepun baru baru ini.

Zahirah MacWilson menjelaskan yang beliau bukan suka suka mahu menggayakan baju tersebut tetapi atas dasar kerja pihak penaja yang membawanya ke Jepun.

“Saya tahu ia akan jadi pertikaian kerana menampakkan paha dan seksi isu yang sensitif di Malaysia. Saya melakukan atas sebab kerja seperti kita berlakon kita kena bawa watak gadis suka berparti atau antagonis,” ujarnya.

Zahirah MacWilson juga kecewa dengan beberapa dakwaan yang mengatakan beliau sedang bercuti ketika itu sedangkan perjalanan beliau ke Tokyo, Jepun adalah atas dasar kerja dan memang ditanggung oleh pihak penaja. (rtky/m)