fbpx

Daiyan Trisha Cari Calon Suami Jaga Agama

Usia sudah mencecah 31 tahun, pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha mendedahkan impiannya untuk mendirikan rumah tangga pada usia 25 tahun tidak tercapai kerana belum bertemu calon sesuai.

Memetik mStar Online, Daiyan berkata dia tidak terburu-buru mencari pasangan dan mensasarkan untuk menamatkan zaman bujang di usia 33 tahun .

BACA: Daiyan Trisha Batalkan Kontrak Dengan Jenama Antarabangsa

“Kalau tak tercapai juga, saya anjakkan lagi ke usia 36 tahun. Saya okay saja dan terbuka kalau bertemu jodoh pada usia berapa sekali pun,” katanya.

Meskipun belum bertemu jodoh, Daiyan berkata dia sudah sedia untuk bergelar isteri jika bakal suaminya serius untuk berumah tangga kerana dia sudah di fasa malas bercinta terlalu lama.

“Kalau saya jumpa dengan seorang yang serius, saya terbuka dan sedia untuk berkahwin. Saya dah malas untuk melalui fasa bercinta terlalu lama. Kalau orang itu serius, jom kahwin!” katanya.

Berkongsi mengenai ciri-ciri lelaki idaman, Daiyan berkata dia tertarik dengan lelaki yang jaga solat dan berpengetahuan dalam agama.

“Bagi saya paling penting orang itu mesti jaga hubungan dengan Allah, seseorang dekat dengan agama. Kalau tak, saya sendiri pun tak rasa saya boleh memahami dia,” katanya.

SUMBER: mStar Online