Pelakon Fattah Amin gembira melihat hubungan erat antara anak-anaknya, Nur Fatima Aisya dan Muhammad Jarir Umar.
Memetik Oh Bulan, Fattah turut berkongsikan perkembangan anaknya Jarir yang kini sudah berusia empat bulan.
BACA: Fattah Amin, Amira Othman Belum Sedia Dedah Wajah Anak
“Sekarang, Alhamdulillah sudah pandai meniarap sikit-sikit. Sebelum ni, dia terlentang sahaja. Tangan dia pun semakin kuat. Selain daripada tu, kami berdualah, sibuk melayani Fatima dan Jarir,” katanya.
Sementara itu, Fattah berkata anak sulungnya itu turut teruja untuk menunjukkan adiknya ketika siaran langsung.
“Setiap kali Fatima datang, saya nampak ‘bonding’ mereka semakin kuat. Macam hari tu ketika sesi live, dia tanya, “Daddy, boleh tak nak bawa Jarir (masuk live)?Nak tunjuk. Biasalah, dia tak tahu kan. Jadi saya cakap, belum lagi Jarir masih kecil.
“Tapi nanti insyaAllah bila Jarir sudah besar sedikit kami akan kongsikan (wajah). Kami tahu ramai yang teruja dan teringin (melihat Jarir) tetapi belum tiba masanya lagi,” katanya.
Sumber: Oh Bulan