fbpx

“Saya Nak Pandai Mengaji Sebelum Mak Ayah Tiada”

Bergelar Haji di usia yang masih muda selepas menunaikan haji pada tahun 2015, Nabil Ahmad meneruskan lagi niatnya untuk mendekati ilmu agama apabila beliau berhasrat untuk belajar mengaji sebelum pemergian ibu dan ayah. Malah usaha murninya itu turut menjadikan dirinya dilantik sebagai ‘Ikon Rumah Ngaji Negeri Sembilan.

BACA: Peminat Fattah Amin Serang Nabil Ahmad

“Lagipun, saya sedar kerjasama ini serius dan ia bukanlah lantikan secara on off kerana ia laluan berterusan. Sebab itu jugalah cita-cita untuk pandai mengaji sebelum mak dan ayah saya menutup mata”

Program yang berfokuskan kepada pembentukan keluarga berasaskan al-Quran, Nabil dalam masa yang sama ingin menerapkan pendidikan agama kepada anak-anaknya juga. Khabarnya juga Nabil kini sedang mencari seorang ustaz yang boleh mengajar anak-anaknya mengaji, mengikut kesesuaian masanya apabila lapang.

“Sebelum ini, saya menghantarnya ke kelas Mandarin. Saya lihat, dia mampu belajar dan bertutur dengan baik. Saya rasa kalau dalam usia begini muda, saya dah terapkan dia denagn aktiviti mengaji, ia akan lagi senang dan cepat”

“Saya mahu dia pandai mengaji dan belajar al-Quran kerana ia teras hidupsebagai seorang Muslim. Saya tak mahu dia jadi macam saya dulu dek nakal saya tak habis mengaji al-Quran,” katanya kepada Media Hiburan. (rtky/w)