Pelakon Aeril Zafrel meluahkan hasratnya untuk melawat aktres Nad Zainal yang kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU) di Hospital Ampang Puteri.

Memetik Astro Gempak, Aeril bagaimanapun berkata dia tidak mampu berbuat demikian berikutan rasa kesesahan atau anxiety yang dialaminya.


BACA: Aeril & Wawa Zainal Kerja Keras, Perniagaan Akan Diwarisi Anak-Anak

“Disebabkan pengalaman peribadi sebelum ini, saya ada anxiety bila tengok seseorang dalam keadaah sebegitu (sakit). Saya nak melawat, tapi dalam masa sama anxiety tu datang.

“Saya rasa setengah orang tahu perasaan itu macam mana… bila kita datang tengok orang sakit, kita jadi tak senang. Insya-Allah, saya memang nak melawat Nad dan kalau ada masa, saya akan cuba ke hospital,” katanya.

Dalam pada itu, Aeril mengakui terkejut mendapat perkhabaran Nad dimasukkan ke ICU serta meminta orang ramai mendoakan buat pelakon itu agar diberikan kesembuhan.


“Ketika dengar dia dimasukakn ke ICU, saya terkejut sangat. Sebab kita tak nampak dia ada sebarang penyakit sebelum ini. Betul-betul mengejutkan.

“Tambahan pula, Nad merupakan anak tunggal dan semestinya ia satu dugaan yang berat untuk familinya. Nad pun ada anak yang memerlukan dia, saya harap rakyat Malaysia doakan kesihatan Nad untuk sembuh seperti sedia kala,” katanya.